Diantara cerita yang diriwayatkan mengenai para kekasih Allah atau
wali Allah adalah cerita yang diberitakan oleh Zin-Nun rahimahullah,
katanya :
Sekali peristiwa, saya bercadang untuk pergi keseberang laut untuk
mencari sustu barang yang saya perlukannya dari sana. Saya pun
menempah suatu tempat disebuah kapal. Bila tiba waktu itu aka berangkat ,
saya lihat penumpang penumpangnya yang menaikki terlalu banyak sekali
bilanggannya, yang kebanyakannya dating dari tempat yang jauh , sehingga
kapal itu penuh sesak dengan penumpang.
Saya terus mengamati amati wajah wajah penumpang itu, dan saya lihat
diantaranya ada seorang pemuda yang sangat kacak rupanya , wajahnya
bersinar cahaya, dan dia duduk ditempatnya dalam keadaan tenang
sekali,tidk seperti penumpang penumpang lain, terus mundar mandir diatas
kapal itu. Udara atas kapal itu agak panas, meski pun angina laut
bertiupan, sekali panasnya dating dari sebab terlalu banyak penumpang
yang berhimpit hempit diantara satu dengan yang lain.
Pada mulanya kapal itu belayar dengan lancer sekali, kerana baarang
kali lautnya tenang tidak bergelombang, dan angit pun tidak bertiup
kencang, kecuali sekali sekala saja, dan kalau ada pun hanya ombak ombak
kecil biasa dihadapinya.
Dalam keadaan yang begitu tenang diatas kapal itu, tiba tiba kami dikejutkan oleh suatu pemberitahuan umum yang mengatakan bahawa nakhoda kapal itu telah kehilanggan suatu barang sangat berharga, dan hendaklah semua penumpamn penumpang kapal duduk ditempat masing masing, erana sustu pengeledahan akan di jalankan tidak lama lagi untuk mencari barang yang hilang itu.
Kinipenumpang penumpang kapal kecoh berbicara antara satu dengan yang
lain mengenai barang yang hilang itu. Masing masing cuba mengeluarkan
pendapat bagaimana barang itu boleh hilang. Saya sendiri merasa hairan
bagaimana barang nakhada itu boleh hilang ? Apa kah dicuri orang ? atau
pun barangkali keciciran kerana manusia diatas kapal itu terlalu banyak .
Sebentar lagi nakhoda kapal mengumumkan:
‘semua penumpang hendaklah berada ditempatnya. Sekarang kami akan memulakan penggeledahan !’
Sebentar lagi nakhoda kapal mengumumkan:
‘semua penumpang hendaklah berada ditempatnya. Sekarang kami akan memulakan penggeledahan !’
Pengeledahan pun dimulakan oleh beberapa org pegawai kapal itu.
Penumpang penumpang itu semuanya ribut , baik lelaki mau pun wanitnya.
Mereka digeledah satu satu cukup parinya. Begitu pula tempat tidur
mereka dibentangkan dan diraba, kalau kalau barang itu disembunyikan
dicelah celahnya. Namun barang itu masih belum diketemui lagi. Akhirnya
sampailah giliran tempat si pemuda tampan untuk digeledah. Pada mulanya
pemuda itu duduk ditempatnya dengan tenang sekali . tetapi oleh kerana
dia orang yang terakhir yang diperiksa , maka muka muka orang ramai
seolah olah mengancam memerhatikannya. Mungkin ada orang yang mengatakan
didalam hatinya, barangkali pemuda inilah yang mencuri barang itu.
Apabila pemuda itu dikasari oleh pegawai pegawai kapal itu dalam
pemeriksaanya lalu dia melompat ketepiseraya memprotes: ‘ saya bukan
pencuri, kenapa saya dilakukan begitu kasar?’ Lantaran pemuda itulah
satu satunya orang yang membantah, maka disangka pegawai pegawai kapal
itu dial ah pencuri barang itu. Mereka mahu menangkapnya, maka pemuda
itu pun meronta lalu menerjunkan diri kemuka laut.orang ramai menyerbu
kepinggir kapal hendak melihat pemuda yang terjun kedalam laut itu.
Yang menghairankan bahawa pemuda itu tidak tengelam, malah dia duduk
dimuka laut itu, sebagaimana dia duduk diatas kerusa dan tidak tengelam.
Pemuda itu lalu berkata dengan suara yang keras:
‘Ya Tuhanku ! Mereka sekaian menuduh ku sebagai pencuri ! Demi Zat Mu , wahai Tuan Pembela orang yang terinaya ! Perintahkan lah kiranya semua ikan ikan dilaut ini supaya timbul dan membawa dimulutnya permata permata yang berharga !’
Penumpang penumpang terus merenungkan pandangannya kelaut sekitar
kapal itu ingin melihat jika benar ikan ikan itu akan timbul membaw
dimulut nya permata permata yang berharga ? saya juga ikut sama
memerhatikan permukaan air itu.
Memang benar , dengan kuasa Allah , permintaan pemuda itu dikabulkan Tuhan, timbul disekitar kapal itu beribu ribu ikan dan kelihatan dimulut mulutnya batu batu putih dan merah berkilauan cahayanya , hingga membuat mata mata yang memandangnya silau kerananya. Semua orang disitu bersorak menepuk tangan kepada pemuda itu.
Saya terus tercengang, tidak dapat berkata apa apa pun. Nakhoda kapal
dan peawai pegawai kapal itu bingung, seolah olah dia tidak percaya apa
yang dilihatnya.
‘Apakah kamu masih menuduh ku mencuri, padahal perbendaharaan Allah ada ditangan ku, jika aku mahu boleh aku ambil ?’ Pemuda itu kemudiannya memerintahkan ikan ikan itu supaya kembali ketempatnya, maka tengelamlah semuanyasemula ikan ikan tadi, dan orang orang diatas kapal it uterus besorak lagi.
‘Apakah kamu masih menuduh ku mencuri, padahal perbendaharaan Allah ada ditangan ku, jika aku mahu boleh aku ambil ?’ Pemuda itu kemudiannya memerintahkan ikan ikan itu supaya kembali ketempatnya, maka tengelamlah semuanyasemula ikan ikan tadi, dan orang orang diatas kapal it uterus besorak lagi.
Pemuda itu lalu berdiri diatas air itu, kemudian berjalan diatasnya
secepat kilat sementara lisannya terus mengucapkan : surah
Al-fatihah: 4
‘Hanya kepada Mu lah aku menyembah , dan hanya kepada Mu pula aku meminta bantuan.’’
Dia terus menjauhi kami, sehingga hilang dari pandangan kami. Saya
sama sekali tidak menduga , bahawa pemuda ini kemungkinan sekali
termasuk kedalam golongan ahli Allah, yang pernah diterangkan oleh
Rasulullah s.a.w. dalam sabdanya yang berbunyi :
“akan tetap ada dalam umat ku sebanyak tiga puluh orang lelaki, hati
hati mereka sepadan dengan hati Nabi Allah Ibrahim a.s. setiap mati
seorang di antara mereka, diganti Allah seorang lain ditempatnya.”
sumber: https://darisrajih.wordpress.com/2008/04/10/pemuda-yang-berjalan-diatas-air
Komentar
Posting Komentar